Latar Belakang Syarikat

.

PC Care telah ditubuhkan pada 11 Disember 1985 dengan nama PC Care Centre. Di awal penubuhan syarikat, kami terlibat dengan penubuhan kelab komputer di Sekolah-Sekolah Kerajaan dan swasta. Kami juga mempunyai pusat latihan komputer sendiri. Selain dari itu, pembekalan hardware, software, aksesori, toner, repair komputer dan notebook juga adalah perniagaan utama kami untuk pelanggan-pelanggan swasta dan kerajaan.

Memandangkan banyak permintaan dari sektor kerajaan, kami telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (No. Pendaftaran Kewangan: 357-02057278). Kami juga terlibat di dalam bidang-bidang yang lain seperti alat tulis, kelengkapan pejabat, media elektronik, alat bantu mengajar dan lain-lain.

Pada 17 Ogos 1998 PC Care Centre telah di naik taraf kepada PC Care Distribution Sdn Bhd dan berdaftar dengan taraf Bumiputera (No Pendaftaran: BP 113838).

Kini syarikat kami membuat pembekalan dan servis kepada kementerian/jabatan/universiti/kolej dan sekolah serta syarikat swasta. Sesungguhnya kami berharap akan dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi syarikat ini dengan menambahkan lagi bilangan kakitangan dan perkhidmatan yang sedia ada serta pengurusan yang lebih sistematik dan teratur.

Kami berharap agar terus maju untuk memberi pembekalan dan perkhidmatan yang padu demi kepuasan pelanggan terutama kepada pelanggan-pelanggan baru. Semoga dengan adanya sokongan dari pelanggan yang begitu ramai, kami yakin dapat memberi perkhidmatan yang terbaik. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pejabat kami.

 
Namablogkamu is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com | Power by blogtemplate4u.com